Tiada apa-apa yang ingin dibabarkan, cuma rasa bertanggungjawab memperingatkan sesama saudara sekalian iaitu sunnah nabi Muhammad (s.a.w) yang paling mudah dan ringan sekali untuk dilakukan yang jika disertakan didalam solat insyallah bakal menambahkan lagi pahala bagi yang melakukannya atas izin Allah (a.w).
Apakah ianya??
"MELURUSKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK KAKI SELARI DENGAN KEDUA-DUA IBU JARI KAKI DIHADAPKAN KE ARAH KIBLAT".
Ada sesiapa yang ingin mengatakan ianya berat untuk dilakukan dan diamalkan?
Bukankah sangat rugi apabila punya suatu kesempatan tapi tidak dimanfaatkan??
Maka bertindaklah sekarang dengan melatih ingatan agar berwaspada sentiasa agar tidak terlupa mahupun ter`alpa disaat kita mampu melakukannya, insyallah. Kelak setelah terbiasa maka ianya tidak lagi perlu diingatkan kerana kaki itu sendiri telah tahu apa tanggungjawab dia yang mana sebenarnya ia dalam kawalan akal dibawah sedar kita sendiri.
Sekian.